support

Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

selamat berpuasa kepada yang beragama islam.. ^^ (dats including me )


ni ada doa berpuasa dan juga dua untuk berbuka puasa ^^



p/s : mari la bersama-sama tingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ni ^^
     : jangan lupa bayar zakat fitrah yaaaa... 

wassalam

Friday, July 29, 2011

~materialistik~

assalamualaikum dan salam sejahtera

ni entry pasal orang yang bersifat materialistic..
tidak spesifik merujuk kepada perempuan atau lelaki.. sebab zaman sekarang ni suma sama ja.

based on wikipedia:
Materialistic describes a person who is markedly more concerned with material things (such as money and possessions) rather than spiritual, intellectual, or cultural values. Not to be confused with materialism.


    

memang tidak di nafikan, semua orang suka harta, duit, kereta mewah, rumah besar ala istana.. tidak ada orang yang tak nak hidup senang.. kalaupun ada.. mungkin orang tu mempunyai perspektif pemikiran yang lain dari yang lain.


ada orang sanggup bergaduh sesama ahli keluarga disebabkan nak harta banyak..

ada yang sanggup tinggalkan suami / pakwa untuk lelaki lain yang lebih kaya dari suami / pakwa diorang

ada yang sanggup jual diri semata-mata nak kan duit yang banyak

ada yang sanggup edar dadah, tipu duit orang, berjudi.. semata-mata untuk duit

ish..ish ish~

Tidak salah sekiranya kita mengejar kekayaan, atau bahasa yang lebih sedap "mencari kesenangan" tapi mestila mengikut cara yang betul, yang dibenarkan di sisi agama.. jangan pilih jalan singkat kerana itu sememangnya jalan yang tidak selamat menuju akhirat.

Bila da kecapi kesenangan, jangan lupa pandang ke belakang.. jangan la menjadi sombong, takbur dan bersifat kedekut.. ingatlah harta cuma sementara, harta tidak laku semasa di akhirat..

p/s... sorry kalau ada tersalah penggunaan bahasa

wassalam...

Thursday, July 28, 2011

bila ber"dating" di bawah pokok kelapa

assalamualaikum dan salam sejahtera ^^

hehe.. da lama aku tidak update blog... bukan apa, otak aku kekeringan idea.
bila da letak moisturizer... baru la ada idea...

"under this pokok kelapa.. i will wait for u.."
" ohh aznil, hear me la.. dont tutup pintu"

pernah dengar lagu ni?? hehe.. sorry la. aku da lupa2 ingat lirik lagu ni.
okeh.. ni maw cerita pasal orang dating.. mari kita baca:

pada suatu malam.. di asrama kolej sains kesihatan bersekutu.. ada sepasang kekasih sedang berdating di bawah pokok kelapa.. nampak mesra gitu~


si pakwa sedang bersandar pada pokok kelapa, saja nak tunjuk pose macho depan si awek.
TIBA-TIBA... pokok yang si pakwa bersandar tadi tumbang..
si pakwa ni pun panik..
 "alamak.. pokok tumbang.. habis la abang.. macam mana ni??? "
si awek pulak ketawa  berdekah dekah.. terus hilang keayuan si awek..


si pakwa berasa sangat takut + cemas.. takut pak guard tangkap si pakwa atas tuduhan tumbangkan pokok ketika berdating.. then, si pakwa pun dapat idea.. dia nak cantumkan pokok tu balik.. hehe


si pakwa bertungkus lumus mengangkat pokok kelapa tadi dan cantumkan semula.. si awek pulak menutup mulutnya dari ketawa.. si pakwa cuba stablikan pokok tu.. then perlahan lahan dia lepaskan pokok tu..
idea si pakwa berjaya.. pokok tu tidak tumbang semula.. tahniah kepada si pakwa

lepas tu pasangan kekasih ni berlari meninggalkan pokok tadi.. takut pokok tu tumbang semula.
mereka berlari menuju ke kafe untuk menyambung sesi dating mereka yang tergendala tadi..




~the end~
ok.. tu saja.. harap terhibur dengan cerita tadi.

wassalam 

Monday, July 18, 2011

mari ber"sihat" dan ber"cantik" dengan Avocado

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ^_^

hari ni masa makan petang.. tiba2 timbul cerita pasal buah avocado..
wuuhuuu.. drooling.. hahaha.. i like this fruit. very much.


MARI SIHAT DENGAN AVOCADO :

a). bagus dalam membantu merawat prostate cancer dan breast cancer.. sebab buah ni kaya dengan vitamin K, dietry fiber, potassium, folic acid, vitamin B16 dan copper.

b). bantu dalam menurunkan tahap kolesterol ( ni bagus untuk mak bapak kita).. sebab buah avocado mengandungi "oleic acid" yang merupakan lemak monosaturated yang membantu dalam menurunkan kolesterol.

c). kandungan potassium yang tinggi membantu dalam mengawal pengaliran darah dan secara tidak langsung membantu dalam mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung dan stroke..


MARI JADI CANTIK DENGAN AVOCADO :

tulis ayat di atas ni buat aku rasa diri aku ni macam promoter ja.. haha..
ok2.. ni yang kamu boleh buat dengan avocado.. (tips2 ni aku cilok dari website lain.. nanti aku bagi link)

1. hair conditioner
  1 biji avocado, 1 sudu teh minyak zaitun, dan kuning telur.
  hancurkan avocado dan campur semua bahan.. then sapu kat rambut yang basah.. biar selama 20-30 minit.
   urut2 sampai kena kat kulit kepala.. then bilas dengan air suam.. and wallah~ rambut lebih lembut dan berkilau. (macam iklan syampoo).

2. face cleansing mask
  hancurkan buah avocado.. dan campur bahan lain mengikut jenis muka kamu..
  a. kulit kering.. letak 1 sudu teh madu..
  b. kulit berminyak.. letak lemon juice
  campur dengan avocado tadi then apply la kat muka dan leher.. biar selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

3. natural moisterizer
  ni paling senang.. ambik kulit buah ni.. sapu muka dengan kulit bahagian dalam buah ni.. bukan sapu main redah je.. sapu kat muka dari atas ke bawah (upward) sambil2 tu massage la sket. wat salam 2 - 3 minit.. then biarkan minyak kat muka selama 10 minit.. then bilas.

4. exfoliating scrub
 campur i biji avocado, 1 biji putih telur, 2 sudu teh oat, dan 1 sudu teh lemon juice.. gaul sebati. then sapu la kat badan dan muka.. biarkan selama 15 - 20 minit.. then bilas dengan air suam.

ok2.. tu ja nak share..tips2 ni aku ambik dari website ni :

ok.. tu ja nak share.. 
take care~
wassalam

Sunday, July 17, 2011

Caffeine~ oh caffeine

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

tadi aku berabis minum nescafe (macam 1000 tahun tidak minum ja.. haha)
then.. few minutes after that.. aku sakit perut.. (memang suda dijangka pun) then.. kurang dari 15 minit aku da gi toilet 2kali.. huhu... jap lagi aku confirm pergi toilet lagi.. huhuhu~

as we all know~ nescafe ada mengandungi caffeine..
atau dalam bahasa melayu "kafein" betul tak ejaan aku?



kafein ni bukan sahaja ada di dalam nescafe dan kopi.. tapi kafein juga ada dalam soft drinks dan minuman tenaga... kalau tidak percaya.. cuba tengok ingredients dalam minuman tu.

caffeine ni ada baik buruk dia..

kebaikan caffeine :
1. tingkatkan ke"peka"an otak.. bila otak da aktif.. rasa mengantuk pun akan kurang.. sebab tu la bila dekat2 exam.. nescafe kat koperasi confirm cepat habis..

2. boleh mengurangkan risiko penyakit parkinson. (tu menurut kajian la)

3. juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.. sebab caffiene mengandungi antioxidants.

4. good for diabetic.. sebab dia akan menyebabkan rembesan adrenaline dan cortisol yang membantu dalam hati dalam pembakaran glucose dalam badan. TAPI.. rembesan tu hanya berlaku JIKA, makanan yang mengandungi caffiene tu TIDAK mengandungi gula (0 % glucose, dan sepupu sepapat gula)

5. meningkatkan stamina. boleh melambatkan adenosine yang menyebabkan otot cepat penat..



Keburukan caffeine :


1. boleh dapat "panic attack".. mudah berpeluh..

2. ketagihan.. bukan ketagihan dadah.. tapi ketagihan caffeine..

3. boleh menyebabkan dehydrated

4. PMS (untuk perempuan sahaja).. usually bila minum/ makan bnda yang ada caffeine + chocolate = PMS

5. caffeine bole wat kita berjaga sepanjang malam.. then bila effect caffeine tu da habis, kita akan rasa sangat2 penat + mengantuk + emosi cepat terganggu..


  


** ada jugak kesan lain jika minum benda2 macam ni :
a ) macam aku.. tiap kali minum nescafe / kopi dan sepupu sepapat dia.. aku akan sakit perut then.. akan rajin "melabur" amanah saham berhad kat toilet.. 

b) either kamu akan selalu buang air kecil or jarang .. either one la.. tapi usually lpas minum akan kerap ke toilet untuk buang air... kan.. kan.. 

ok.. tu ja maw share.. aku nak gi toilet lagi.. huhuhu.. 

sebelum tu.. segala gambar2.. adalah ihsan google.. info2 pasal caffeine ni.. kamu boleh google search ja. ni link yang aku baca 


selamat membaca ^_^
take care
Wassalam

Saturday, July 16, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows part-2.. best!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

as usual.. kalau tajuk entry aku tu grammar dia salah.. mintak maaf la ya. "saya budak baru belajar"
aku juz nak melapor cuaca mood aku hari ni
mood : gembira...
reason : coz baru ja gi tengok Harry Potter.. yeehuu..

 
ihsan google

bagi yang minat dan belum tengok cerita tu.. aku sarankan baik kamu tengok.. kalau tak, nanti menyesal.. hehe.
kalau yang belum tengok cerita harry potter yang previous, aku sarankan kamu tengok dulu.. sebab semua cerita saling berkait... kalau tidak, nanti kamu tidak faham masa tengok cerita tu. ^_^

aku tidak mahu cerita pasal movie tu.. sebab nanti tidak surprise.. kan. kan..
tapi aku bagitau sikit2 je la ya.. hehe
prof.snape tu sebenarnya baik orangnya.. kalau maw tau kenapa dia baik?? kena pi tengok cerita tu ..
k.. tu ja dari aku.. tata..

salam and take care

Monday, July 11, 2011

Penantian satu penyeksaan.. kan~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ni saja-saja maw tulis sebab aku tengah menunggu azan maghrib.. maw buka puasa. huhu..
aku dengan budak pompuan sekelas aku puasa berjemaah.. semangatla katakan..
bukan apa.. bulan Ramadhan da nak tiba.. hutang puasa belum ganti lagi.. huhu. (padan muka aku, sapa suruh tidak ganti awal2)

Okeh.. sementara tunggu buka puasa, aku maw buka topik pasal "penantian suatu penyeksaan"
penantian = tunggu.. lebih kurang macam tu la..  (sorry BM aku cukup2 makan ja)

trully, aku paling alah @ alergik pasal tunggu- menunggu ni.. especially bila tunggu kawan2..
janji keluar jam 10pagi, tapi muncul jam 11.. apa kejadahnya~
 ingat ko tu VVIP nak kena tunggu berjam2..

*Opss.. sebelum tu.. ni bukan merujuk spesifik kepada sapa2.. tipu la kalau aku tidak pernah lambat @ buat orang menunggu.. pernah tu pernah la jugak.. tapi jarang okeh.

tu baru bab tunggu2 kawan..
kalau bab tunggu result and so on plak.. tu buat aku tidak duduk diam.. macam cacing kepanasan..
selagi tidak tengok result tu, selagi tu la aku risau. nampak luar ja cam relax tapi dalam ati ni Tuhan saja yang tau.

ok2.. tu ja la maw tulis.. skrg jam 7pm.. maw ready2 untuk buka puasa~ tata..
selamat buka puasa to me.. hahaha





assalamualaikum and take care ^^

Thursday, July 7, 2011

~jom sambung cerita ni~

assalamualaikum dan salam sejahtera...

haha.. aku tengah bingung maw letak tajuk apa untuk entry kali ni.. BLURRR
ni sekadar satu cerita.. jalan cerita tu kamu yang tentukan..
tapi setiap pilihan tu, mengandungi maksud-maksud yang tertentu..
jalan cerita ni aku dapat masa aku study di matrikulasi labuan..
kawan yang bagi.. aku ingat-ingat lupa.. huhu. tua suda kan.. haha

sebelum tu.. mintak maaf banyak2 sebab aku ni tidak pandai buat ayat yang sedap2..
tidak pandai mengarang cerita.. so aku mintak maaf awal2..

ok.. lets start now..

 Bayangkan yang kamu sedang berjalan di atas jalan raya.. jalan.. jalan.. jalan.. then kamu kamu tiba di simpang tiga.. jalan simpang pertama menuju ke laluan tanah lapang, jalan simpang kedua menuju ke hutan tebal..

 


   *antara dua simpang ni.. yang mana kamu akan pilih untuk meneruskan perjalanan kamu..??

 kemudian, kamu lalu lauan yang telah kamu pergi.. tidak lama berjalan kamu menemui sebatang sungai yang agak besar.. tapi tidak la besar sangat.. kamu ingin menyeberangi sungai tersebut.. di kawasan sekitar tempat kamu berdiri ada banyak pokok.. so..

* apa yang kamu akan lakukan untuk menyeberangi sungai tersebut??
   a. berenang ja..
   b. kamu bina rakit dan menyeberang sungai tu
   c. berdoa supaya boat turun dari langit supaya kamu boleh seberang sungai :p

lepas menyeberangi sungai tu.. kamu pun meneruskan perjalanan kamu... lpas tu kamu melihat sebuah rumah..

 *cuba kamu bayangkan keadaan rumah tu, kawasan sekitar rumah tu.. ikut imaginasi kamu. 

Then... kamu ketuk rumah tu.. tuan rumah tu pun buka pintu..
  * sekali lagi, ikut kreativiti kamu untuk bayangkan rupa tuan rumah tu dan suasana dalam rumah tu.

Lepas tu kamu pun tinggalkan rumah tu.. tanpa disedari, waktu da bertukar malam.. keadaan di luar rumah gelap.. jalan yang kamu lalu tadi gelap sebab tidak ada lampu jalan.. then, tuan rumah tu beri pertolongan kepada kamu, dia bagi kamu pilihan untuk membawa barang2 di bawah ni
 a. lilin
 b. lantern (lampu minyak tanah)
 c. torch light
 d. obor
* apa yang kamu akan pilih untuk menerangi perjalanan kamu.. pilih satu saja ya.

lepas ambik salah satu barang tu, kamu pun teruskan perjalanan kamu.. so, kamu pun jalan..jalan.. and jalan. then tiba-tiba muncul satu lembaga yang sangat menakutkan, menyeramkan.. huhu..
 *apa yang kamu akan buat masa bertembung dengan lembaga tu?
 a. lari patah balik ke rumah yang kamu pergi tadi, stay sana sampai pagi then baru teruskan perjalanan
 b. kamu beranikan diri untuk lawan lembaga tu then teruskan perjalanan kamu

ok.. kamu pun sampai ke destinasi.. hahahahha... penutup yang sangat tidak best.. 

maksud di sebalik pilihan2 kamu.
1. jalan menuju kawasan lapang : kamu tidak keadaan yang boleh memberi risiko kepada diri sendiri
    jalan menuju kawasan hutan : berani menghadapi apa jua keadaan. 

2. berenang : tidak berfikir dengan teliti sebelum buat tindakan.. 
    bina rakit : kamu jenis yang independent. 
    harap boat turun dari langit : kamu jenis kuat bergantung dengan orang lain. 

3. rumah : keadaan rumah yang kamu fikir tu sama dengan ruma impian kamu

4. tuan rumah dan suasana rumah : tuan rumah tu ibarat kamu di masa hadapan, dan suasana rumah tu adalah suasana yang kamu inginkan di masa hadapan.. 

5. barang2
   lilin      : suka tukar2 kawan.. kurang ambik berat pasal kawan2 kamu
   lantern : kamu tidak belakangkan kawan kamu.. kira kamu ni jenis ambil berat kat kawan2 kamu.
   torch light : memilih kawan.. 

6. lembaga yang menakutkan tu merupakan masalah kamu..
    lari patah balik : kamu larikan diri dari masalah kamu.
    lawan lembaga tu : kamu berani untuk cuba menyelesaikan masalah kamu. 

ok.. tu ja.. ni sekadar permainan.. jangan ambik serius ya.. kalau jawapan2 tu kena dengan sifat kamu, tu hanyalah kebetulan.. oh ya.. soalan2 ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.. 

ok.. tu ja.. babai ^^ 
assalamualaikum.. take care

Sunday, July 3, 2011

dismenoria~ huhu

assalamualaikum dan salam sejahtera..

> Dismenoria < a.k.a period pain.. or in bahasa melayu : senggugut

saja ja maw buat entry ni sebab aku tengah alami dismenoria ni.. sakit dowh~
biasa la~ pompuan. :)

period pain ni usually kena 2 hari pertama dalam period.. ada jugak lebih dari 2 hari.
bila period.. usually emosi pun terganggu.. jadi lebih "sensitif"
so, kaum adam kena la tau simptom2 orang period ni ya.. hehe

kalau maw tahu lebih lanjut.. ni link :

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx
atau

http://www.umm.edu/altmed/articles/menstrual-pain-000052.htm

tu ja..
babai.. salam