support

Tuesday, December 28, 2010

nothing nak story morie

assalamualaikum

da lama tak pot pet kat blog aku ni .. terasa rindu plak nak merapu. hahahah
before that.. tahniah to pasukan bola sepak negara kita... yyeehhaaa.. i love malaysia.
hak pasal laser tu aku taknak ambik tau.. yang penting malaysia menang. kan kan..

hurmmn... ape nak tulis ye.
k, nak story morie pasal kisah cintan cintun la..
bak kata pepatah "hidup ini tak sempurna tanpa cinta".. betul tak??
ada cinta pandang pertama.. ada jugak cinta setelah lama berkenal-kenalan.. macam-macam lagi la.

usually orang yang jatuh cinta pandang pertama ni, mungkin sebab rupa seseorang tu, kalu tak pun orang tu ada daya penarik yang tersendiri.. yela, mungkin rupa seseorang tu manis bila senyum..

kalau jatuh cinta setelah lama kenal-kenalan ni plak.. mugkin sebab da dapat tau semua attitude seseorang tu yang membuat kita rasa selesa dan happy. yela, da tau semua perangai baik dan buruk.

ni lain plak hal die, suka seseorang tu sebab harta dia banyak, kira anak orang berada la katakan. kalau tak pun, sebab body die cantik.. bila da dapat, boleh la nak mem"poyo"kan diri kat member.. nak tunjuk kat suma orang betapa hebat or cantiknya couple kita tu.

bila da suka.. tak ada benda yang dapat halang.. biar umur pasangan kita tu jauh berbeza bagai langit dan bumi.. biar datang dari kuarga berada or tak, kasta berbeza, darjat berbeza.. kalau da suka sayang cinta.. suma sanggup di hadapi. cewahh.. hahaha.

tapi.. apa apa pun. yang penting kena saling menghargai.. tak gitu. : )
k la.. tu je la nak celoteh. adios ~

Friday, December 17, 2010

pengalaman bekerja ^_^

salam.. hehe. Dah lama aku tak celoteh-celoteh kat blog aku ni. huhuhu. Maklumla aku tengah sibuk dengan "kerja"..
kali ni aku nak tulis pasal pengalaman aku kat kerja. pasal entry "kawan" tu, aku da kehilangan idea. kuikuikui...


ni memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. mana tak nye, kerja kat kilang.. kilang pe? kilang tuuttt...
aku tak nak mention pasal nama kilang sebab tu suma tak penting. yang penting aku nak cerita ni ialah pengalaman aku.
Sebelum ni aku tak tahu macam mana rupa bentuk luaran dan dalaman kilang. So, first time pergi kilang tu aku rasa excited, ye la.. pertama kali jejakkan kaki kat kilang. hahaha.

hari pertama :
interview jap je then terus masuk kerja.. hebat kan. janji ada IC dan blajar sampai SPM or PMR tu je minimum qualification. hahaha.  Aku tak sangka nak masuk kerja kilang pun perlu interview. Jangan pandang rendah kat kilang tau. hahaha. haa.. masa nak interview tu, aku tengok ramai sangat orang tengah tunggu turn interview, ada orang myanmar, indonesia, nepal, banglades.. orang malaysia pun ada gak.
orang-orang asing ni takde la tau bahasa melayu sangat, bahasa english pun sama gak.. suma sikit-sikit. yang penting ada keyakinan. macam sorang budak myanmar ni, kawan-kawan die takde yang pandai english. so, budak tu cakap " i can speak in english but a little". yakin betul budak tu.. tabik gue deh..
dah interview , kitorang dengar celoteh-celoteh dari pihak atasan.. pasal peraturan. dasyat jugak peraturan kat kilang ni.
1. tak boleh duduk semasa kerja.. kalau duduk ---> buang kerja
2. tak boleh guna handphone semasa kerja ---> buang kerja
3. kalau nak keluar ke tandas or kemana-mana kena ambik pass dari leader, kalau tak ---> buang kerja

nasib baik la aku kerja yang ringan, leader pun sporting gak.. so dapat la curi-curi duduk jap.

hari kedua :
bangun kul 5.30 pagi.. mandi, solat, seterika baju.. kul 6.30 tunggu bas ke kilang. sampai kat kilang kul 7.30 pagi. kerja kat kilang ni, aku dapat ramai kawan. macam-macam perangai, style, mentaliti sume la.. hahaha. macam-macam ragam.

hari ketiga :
lalui kerja macam biasa. tapi aku ada dengar dari kawan-kawan pasal dua orang pegawai yang gila buang pekerja.. salah sket, buang kerja. no compromise.. memang dasyat... nama die najib dan atan. Atan tu yang paling dasyat. muka die serius sangat. memang tegas.

k la.. ni je yang aku dapat tulis wat masa ni. aku nak tido. ngantok ni. huhuhu.
tata.. adios~

Wednesday, December 8, 2010

sahabat -> intro je (merapu)

entry kali just nak merepek coz aku da takde idea nak tulis pe.
 kali ni nak merepek pasal "sahanat" or "kawan" .. maksud die same ke??
mana lebih baik?? sahabat atau kawan?? hahaha.. aku pun tak tau.

orang kata : "berhati-hati memilih kawan"... kata-kata tu memang ada betulnye gak.
kata aku : "berkawan la denga nsuma orang, janji tak iku perangai buruk diorang" heeee...
actually, tu ayat dari abang aku. die slalu nasihat kat aku..  ayat die lebih kurang macam ni
" ko nak kawan ngan suma orang pun boleh, dengan penagih dadah ke, perompak ke, orang poyo ke, ape ke.. suma boleh asalkan ko tak ikut perangai buruk diorang."
hurmmn.. ayat tu ada gak betulnya.

kawan ni ada banyak macam.. macam buah-buahan kat malaysia gak.. aneka pilihan. hahaha.. sedap je tangan aku ni merepek.

kalau nak cerita pasal kawan ni.. memang banyak je nak tulis.. tapi aku penat sekarang ni.. len kali je la aku sambung ye. hehehe
adios.

Monday, December 6, 2010

SelaMat MenYamBut MaaL hiJraH 1432

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan tahun baru dalam calendar Islam. so... happy new year umat islam!!!

So, sempena menyambut tahun baru ni, kena la ada azam baru. tak gitu. hehe
same goes with me.. well... azam baru ni takde la banyak sangat, yang penting azam tu tercapai.
ok.. ni azam tahun baru aku
1. nak jadi lebih rajin (study rajin sket berbanding tahun lelpas)
2. kurangkan ke"blur"an
3. kurangkan keaktifan dalam percakapan.. hehehe.. maklumla mulut aku ni aktif sangat.
4. nak jadi lebih periang.. tak nak wat muka serius.. nak senyum selalu. haha :)
5. nak jadi more independent. cewahh!

hurmmnn tu je yang aku dapat pikir wat masa ni. hehe.. simple je kan.. janji azam tu dapat dilaksanakan. kalau tak dapat wat sepenuhnya pun tak pe. janji ada perubahan. kan kan..

korang plak?? pe azam korang untuk tahun ni??
k la.. tu je nak share.. tata titi tutu.



Sunday, December 5, 2010

toLonG~

intro aku simple je, kat dalam dunia ni kita tak lari dari mintak tolong kat orang. Tak kesah la untuk hal kecik atau besar.

kali ni nak cerita sikit pasal hal mintak tolong. spesifik.. cara kita selalu guna untuk mintak tolong
manusia ada macam-macam jenis, so ada macam-macam jenis cara nak mintak tolong.

Antara cara yang selalu di guna untuk mintak tolong.. :
1. Bodek (mengampu)
    bagi pujian kat orang tu sampai orang tu "kembang" (bangga) dengan pujian kite, then baru mintak tolong.
     " ko ni cantik la, pandai plak tu.. hhmm.. boleh tak aku tiru laporan ko. aku tak sempat nak siapkan la..
       boleh kan.. ko kan baik."

2. Terus terang (no selindung-selindung)
    cakap straight forward, tak main-main bodek or wat muka kasihan.
    "boleh tak aku pinjam laptop ko malam ni. aku nak siapkan ."

3. Mintak simpati (muke seposen)
     hurmmn..yang ni aku pun tak berapa sure.. tapi cara ni nak wat seseorang tu rasa kasihan kat kite.
    selain guna ekspressi muke, penggunaan ayat yang sedih-sedih pun boleh gak.
    " aku da tak de tempat lain nak mintak tolong dari ko.. kasihan la kat aku.. tolong ye."

4. Mintak tolong tapi lebih kepada mengarah.. macam boss gitu. haha.
   yang ni lain plak, lebih kepada mengarah or menyuruh. tak ambik kesah dengan perasaan orang,
  " nanti ko bilik siti, bagitau kat die yang aku nak buku laporan aku yang dia pinjam"
   (nama tu just rekaan semata-mata ye..kalau tersinggung, mintak maaf ye)

5. Mendesak.
   ni lagi satu.. selagi tak tolong selagi tu la dia mendesak.. geram dibuatnya..
  " please, sekarang ye.. "
  " cepat la.. please.. "

6. Mengugut pun ade
    kalau orang tu tak tolong, pecahkan rahsia die.. jahatnye.
  " kalau ko tak tolong aku, nanti aku bagitau kat awek ko yang ko ni main kayu tiga, amcam.. nak tolong ke tak? "

rasa-rasanya korang dalam kategori yang mana satu???
kalau ada orang nak mintak tolong kat korang, korang suke orang tu guna cara yang cam ner??
hehehe.. ok.. tu je.. adios..

 
  
 

Friday, December 3, 2010

miss him

huhu... tengok cerita drama cinta ni buat aku makin rindu kat dia.
walaupun dah berpisah, aku still rindu dia.

rindu nak chat dengan dia,
kalau chat, slalu je gaduh-gaduh.. majok-majok then pujuk-pujuk.



rindu nak sembang kat phone dengan dia,
setiap malam, ada je yang akn di share..tukar-tukar pendapat.

     

rindu nak dengar suara dia,
selalunya akan request nyanyi lagu, suara die sedap, buat tidur ku lena sepanjang malam.



rindu nak dengar impian dia
bila tengok betapa gigihnya dia nak capai impiannya, diri ni pun terdorong nak berusaha gigih untuk capai impian sendiri.

  

tapi suma tu tinggal kenangan, aku bukan apa-apa lagi pada dia..
hanya berdoa untuk yang terbaik buat dia.. semoga dia bahagia selalu,
semoga cita-cita dia tercapai.

mula dari hari ni, aku cuba fikir positive. kena 'happy'kan diri.  huhuhu..sedihnye~

Thursday, December 2, 2010

kenangan di bulan puasa (masak nasi)

haisssh... cerita pasal asak je keja aku ni kan.. tapi tak pe la.. aku nak share pengalaman sket time bulan puasa. benda ni da lama berlaku. a bit lucu (bagi aku la)

kalau tak silap kes ni berlaku time aku form 5.. time tu aku baru je balik dari asrama..
malam tu kakak aku suruh aku masak nasi untuk di makan time sahur nanti.
so, aku pun pegi la ambik periuk, masukkan beras, basuh beras then idupkan elektrik.

#masa sahur#

kakak aku bangun awal untuk siapkan lauk pauk.. aku plak, macam biasa still berguling-guling macam tenggiling kat atas katil.zzzzz...
kakak aku angkat periuk nasi (nasi yang aku masak tadi) masa dia angkat periuk tu dia rasa periuk tu semacam.. kakak aku rasa hairan, tapi dia cuba fikir yang dia tengah mamai..
bila kakak aku bukak periuk nasi tu.. jeng jeng jeng... bukan nasi, tapi beras dgn air..( tak masak)
rupa-rupanya aku terlupa nak tekan button "cook" tu la pasal nasi tu tak masak.
kakak aku terkejut tengok beras tu. hahahha.. lepas tu kakak aku masak beras tu.
nasib baik kakak aku bangun awal, so nasi tu sempat masak dan selamat di makan.

masa tengah makan sahur, kakak aku cerita kat aku yang aku terlupa tekan button "cook" dan beras tu tak masak. aku tergelak-gelak.. nasib baik la kakak aku ni baik orangnya.. dia tak marah aku pun... ye la, dia faham situasi budak yang dok hostel.. al maklumla. budak hostel ni jarang pergi dapur dan memasak. hehehe..
tu je la nak share ngan korang.
adios~~ (^_^)

Wednesday, December 1, 2010

jom masak-masak (^_^)

aktiviti hari ini adalah memasak...

hari ni aku de buat kek coklat and masak ayam kurma.. urmmn.. sebernarnya aku just jadi helper je. hehehe. bukan aku x pandai masak ye.. pandai tu pandai, tapi x pandai sangat...  al maklumla, aku stay hostel since aku form 1.. so, jarang ada peluang masak kat rumah. 

resepi kek coklat ni sangat simple.

2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu
1 cawan air panas
1 cawan minyak 
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
sedikit ovelete dan serbuk penaik (sorry kalau spelling salah, janji ade bunyi, hehehe)


cara nak masak

1. masukkan telur dan gula.. pukul hingga kembang.
2. masukkan ovelete dan serbuk penaik.. then pukul lagi
3 masukkan susu dan air panas.. sebatikan adunan
4. masukkan tepung dan serbuk koko... sebatikan lagi
5. lastly.. masukkan minyak... sebatikan.

boleh kukus or bakar sampai masak.. the end.

tu asas.. kalau nak tambah chocolate chip or chocolate rice pun blh.. up to u. 
* ni resepi dari kawan aku, kalau tak sedap or tak jadi, jangan salahkan aku ye. hehehehe*

sniff sniff smiff~~ still flu la. huhuhu..

gila, otak dan gaduh ^^

Tersebut la kisah mengisahkan tiga sahabat baik yang bernama Gila, Otak dan Gaduh..

Suatu hari tiga sabahat baik ni main sorok-sorok kat dalam hutan. tidak lama selepas tu, diorang pun stop main permainan tu, Gila dan Otak dapati Gaduh telah hilang.. (mungkin masih menyorok kot)
puas Otak dan Gila mencari Gaduh, tapi still tak jumpa-jumpa. so, Gila pun bercadang nak lapor kehilangan Gaduh kat balai polis. 

setibanya kat balai polis, Gila menyuruh Otak tunggu kat luar pejabat, biar Gila sorang je yang masuk kat dalam pejabat tu.. bermula la perbualan antara Gila dan sorang polis kat pejabat tu.

Gila  : selamat pagi tuan
polis : ya, selamat pagi.. boler saya bantu?
Gila  : saya nak cari Gaduh tuan..
polis : (kerut kening) awk ni gila ke??
Gila  : ya, saya memang Gila, bagaimana tuan tau?
polis : (geram + marah ) awak takde otak ke?
Gila  : Otak ade kat luar tuan..

hehehe... the end    XD