support

Sunday, December 5, 2010

toLonG~

intro aku simple je, kat dalam dunia ni kita tak lari dari mintak tolong kat orang. Tak kesah la untuk hal kecik atau besar.

kali ni nak cerita sikit pasal hal mintak tolong. spesifik.. cara kita selalu guna untuk mintak tolong
manusia ada macam-macam jenis, so ada macam-macam jenis cara nak mintak tolong.

Antara cara yang selalu di guna untuk mintak tolong.. :
1. Bodek (mengampu)
    bagi pujian kat orang tu sampai orang tu "kembang" (bangga) dengan pujian kite, then baru mintak tolong.
     " ko ni cantik la, pandai plak tu.. hhmm.. boleh tak aku tiru laporan ko. aku tak sempat nak siapkan la..
       boleh kan.. ko kan baik."

2. Terus terang (no selindung-selindung)
    cakap straight forward, tak main-main bodek or wat muka kasihan.
    "boleh tak aku pinjam laptop ko malam ni. aku nak siapkan ."

3. Mintak simpati (muke seposen)
     hurmmn..yang ni aku pun tak berapa sure.. tapi cara ni nak wat seseorang tu rasa kasihan kat kite.
    selain guna ekspressi muke, penggunaan ayat yang sedih-sedih pun boleh gak.
    " aku da tak de tempat lain nak mintak tolong dari ko.. kasihan la kat aku.. tolong ye."

4. Mintak tolong tapi lebih kepada mengarah.. macam boss gitu. haha.
   yang ni lain plak, lebih kepada mengarah or menyuruh. tak ambik kesah dengan perasaan orang,
  " nanti ko bilik siti, bagitau kat die yang aku nak buku laporan aku yang dia pinjam"
   (nama tu just rekaan semata-mata ye..kalau tersinggung, mintak maaf ye)

5. Mendesak.
   ni lagi satu.. selagi tak tolong selagi tu la dia mendesak.. geram dibuatnya..
  " please, sekarang ye.. "
  " cepat la.. please.. "

6. Mengugut pun ade
    kalau orang tu tak tolong, pecahkan rahsia die.. jahatnye.
  " kalau ko tak tolong aku, nanti aku bagitau kat awek ko yang ko ni main kayu tiga, amcam.. nak tolong ke tak? "

rasa-rasanya korang dalam kategori yang mana satu???
kalau ada orang nak mintak tolong kat korang, korang suke orang tu guna cara yang cam ner??
hehehe.. ok.. tu je.. adios..

 
  
 

2 comments:

Heidi Shafiq said...

sy suke yg terus terang.. best la entry ni.. awk kreatif.. :D

miss_Dark_heLious said...

hehe... thanks