support

Friday, December 17, 2010

pengalaman bekerja ^_^

salam.. hehe. Dah lama aku tak celoteh-celoteh kat blog aku ni. huhuhu. Maklumla aku tengah sibuk dengan "kerja"..
kali ni aku nak tulis pasal pengalaman aku kat kerja. pasal entry "kawan" tu, aku da kehilangan idea. kuikuikui...


ni memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. mana tak nye, kerja kat kilang.. kilang pe? kilang tuuttt...
aku tak nak mention pasal nama kilang sebab tu suma tak penting. yang penting aku nak cerita ni ialah pengalaman aku.
Sebelum ni aku tak tahu macam mana rupa bentuk luaran dan dalaman kilang. So, first time pergi kilang tu aku rasa excited, ye la.. pertama kali jejakkan kaki kat kilang. hahaha.

hari pertama :
interview jap je then terus masuk kerja.. hebat kan. janji ada IC dan blajar sampai SPM or PMR tu je minimum qualification. hahaha.  Aku tak sangka nak masuk kerja kilang pun perlu interview. Jangan pandang rendah kat kilang tau. hahaha. haa.. masa nak interview tu, aku tengok ramai sangat orang tengah tunggu turn interview, ada orang myanmar, indonesia, nepal, banglades.. orang malaysia pun ada gak.
orang-orang asing ni takde la tau bahasa melayu sangat, bahasa english pun sama gak.. suma sikit-sikit. yang penting ada keyakinan. macam sorang budak myanmar ni, kawan-kawan die takde yang pandai english. so, budak tu cakap " i can speak in english but a little". yakin betul budak tu.. tabik gue deh..
dah interview , kitorang dengar celoteh-celoteh dari pihak atasan.. pasal peraturan. dasyat jugak peraturan kat kilang ni.
1. tak boleh duduk semasa kerja.. kalau duduk ---> buang kerja
2. tak boleh guna handphone semasa kerja ---> buang kerja
3. kalau nak keluar ke tandas or kemana-mana kena ambik pass dari leader, kalau tak ---> buang kerja

nasib baik la aku kerja yang ringan, leader pun sporting gak.. so dapat la curi-curi duduk jap.

hari kedua :
bangun kul 5.30 pagi.. mandi, solat, seterika baju.. kul 6.30 tunggu bas ke kilang. sampai kat kilang kul 7.30 pagi. kerja kat kilang ni, aku dapat ramai kawan. macam-macam perangai, style, mentaliti sume la.. hahaha. macam-macam ragam.

hari ketiga :
lalui kerja macam biasa. tapi aku ada dengar dari kawan-kawan pasal dua orang pegawai yang gila buang pekerja.. salah sket, buang kerja. no compromise.. memang dasyat... nama die najib dan atan. Atan tu yang paling dasyat. muka die serius sangat. memang tegas.

k la.. ni je yang aku dapat tulis wat masa ni. aku nak tido. ngantok ni. huhuhu.
tata.. adios~

No comments: