support

Tuesday, April 26, 2011

teka-teki~

Assalamualaikum

dulu aku pernah kerja kat sebuah kilang sekitar shah alam.. kerja sekejap ja untuk isi masa lapang. 
then lepak ngan kawan-kawan baru.. lepas tu diorang bagi teka-teki ni.. 

"kalau sotong dan ketam berlumba lari, agak-agak sapa yang menang?" 

hehe.. teka-teki ni aku da post kat wall WSB... 

teka teki kedua..
" ikan apa, yang mempunyai baaaannyakkk mata?"

heh.. 

tu ja.. saja ja cerita pasal benda remeh macam ni. bila aku teringat teka teki pertama tu, aku mesti ketawa... sebab bagi aku teka teki tu memang lawak. 

tu ja la maw tulis~

tata. ^^

Friday, April 22, 2011

magic pic

salam..

gambar-gambar yang aku post dalam entry kali ni dipanggil single image stereogram atau magic pic, di mana ada satu gambar tersembunyi di dalam gambar ni..
kalau cara korang lihat gambar ni sama seperti cara melihat gambar biasa.. memang tak dapat lihat hidden image dalam gambar ni.
kalau nak lihat hidden image tu.. korang kena tenung gambar ni sambil julingkan mata. nanti gambar tu bertukar seperti gambar 3D.. then hidden image tu akan muncul disebalik gambar yang serabut ni. semoga berjaya.

hidden image : lebih kurang sepuluh biji bola.


hidden image : dinosaur

hidden image : shark

hidden image : spring

oki.. tu ja dari aku.. tata.. 
salam

iF i Got The maGic iN Me

salam..
entry kali ni based on lagu yang baru yang baru ja aku letak. ---> MagiC 

1. Nak jadi macam David Rice dalam filem JUMPER.
    tak perlu la penat-penat jalan kaki gi class... just lompat ja. hahahaha.
    lepas tu.. boleh gi jepun, new zealand, egypt .. tak perlu buang duit beli tikel kapal terbang. haha.
    kalau semua orang ada kuasa macam ni. confrm MAS, AirAsia bankrupt. 


2. nak ada MagiC HanD
    dalam lirik lagu B.o.B, benda yang dia sentuh akan jadi emas.. aku plak lain sikit.. bila aku baca majalah, baju yang cantik, atau laki hensem.. aku just sentuh ja gambar tu dan benda tu akan muncul depan mata aku. hehehe.



3. nak ada mata cam superman, hehehe.
   boleh scan apa-apa benda yang aku nak. yuhuuuu... so, tak perlu la penat-penat buka buku. scan ja.. kan senang. jimat masa dan tenaga.

                

hmm.. ni suma just imaginasi... rekaan semata-mata... 
suma orang ada imaginasi masing-masing.. kan kan kan.. 
tu ja la maw share... tata 

Wednesday, April 20, 2011

single vs double.. mengikut pandangan aku. hehe

assalamualaikum... dan salam sejahtera.

entry kali ni just basa basi gitu deh... saja-saja mau tulis pasal perbezaan kehidupan orang bercouple dan single.
bezanya dari segi :
1. pengaliran duit:
            single : pi shopping sana sini dan makan minum
          couple : makan minum untuk diri sendiri dan si dia, maklumla kadang-kadang kita yang sponsor makan, kadang-kadang si dia pulak yang sponsor... macam tu ja..  top up untuk calling-calling si dia, family dan kawan-kawan. tapi usually habis bergayut dengan si dia.

2. masa :
           single : lepak ngan kawan-kawan or family.
         couple : lepak ngan si dia, kawan-kawan dan family.. memang kena pandai manage masa.

3. kebebasan:
          single : bebas, boleh pi mana-mana saja.. tapi kena minta izin kat parent dulu.
        couple : bebas, tapi sedikit terkongkong sebab kalau terlebih nanti ada orang cemburu. dan mintak izin dari parent dan si dia (bunyi macam da kawin ja kan)

4. fokus :
         single : kalau da kerja, fokus kat kerja, kawan-kawan dan family.
       couple : sama dengan single, tapi tambah satu fokus lagi.. iaitu untuk si dia. plus minus ngan family or kawan-kawan si dia.

5. hati @ jiwa :
        single : a bit kosong sebab belum ada yang melekat di ati. tapi orang single bebas..
      couple : berada di awang-awangan... happy gitu dehh... maklumla ada orang special.

6. tempat luahan perasaan :
        single : kawan rapat or family tu je la..
      couple : usually si dia menjadi tempat luahan. sebab kalau tak puas ati or sakit ati kat seseorang kawan, mesti mengadu dekat si dia sebab kalau mengadu kat kawan lain, takut kawan tu cerita kat orang lain.. kalau tak pun family.

7. tidiness or neatness :
       single : pompuan usually sentiasa kemas walaupun pompuan tu single. bergaya mengikut keselesaan masing-masing. laki pun lebih kurang sama.
    couple : bila da couple, mesti la pakai smart-smart sikit.. haha. tapi ada jugak yang bergaya sama seperti time waktu single-single dulu. maintain.. good.

baa... itu ja la yang dapat dipikirkan buat masa ini.. ^_^
kalau ada salah silap.. tolong di maafin ya. suma di atas ni adalah idea dari otak aku sendiri. so, kalau ada yang tidak setuju or kurang setuju.. tu terserah. sebab lain orang lain cara pemikirannya.. kan kan kan.

apa yang penting....

senyummmmm......
~ adios~

Monday, April 11, 2011

snip snap (part 2) ^_^


Assalamualaikum.... 
Thank u WSB ^_^ coz accept request.. hehe.. so appy..
insyaAllah akan lebih rajin buka blog.. yezzaaaa... haha.
here are some pics... 




ni gambar bunga kertas.. aku ambik masa otw balik hostel kejururawatan SG. Petani..
kebetulan bunga tu nampak cantik.. so... snapppp... and wallahh!!


yang ni pulak masa dalam bas.. waktu petang...
aku edit.. tukar tone warna...  ^_^


yang ni waktu tengah hari... cuaca cerah.. awan pun cantik..
oh ya.. mostly gambar yang aku ambik, adalah awan + langit... sebab aku suka ... tenang ja.

once again.. tq WSB ...

adios~
             ~Salam~

Saturday, April 9, 2011

klik klik... snip snap ^^

assalamualaikum.. ^^

hari ni just nak upload gambar yang aku ambik.. tapi dapat upload dua ja.. huhuhu.. bb lembap.
ala~ guna kamera handphone ja.. maklumla... tak mampu nak beli kamera DSLR.. huhuhu
takpa-takpa.. bila da kerja nanti.. aku beli.. InsyaAllah..


ni gambar waktu pagi kat Hospital Sultan Abdul Halim... otw gi department (time praktikal)


yang ni pulak... otw balik hostel.. kebetulan cuaca time tu cantik sangat... SubhanAllah~

tu ja... hehehe..

adios~

Tuesday, April 5, 2011

aPe Nak Jadi....??

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada semua... Senyum :-)

dah lama aku tak update blog.. hehe.. bukan apa, aku takda idea nak tulis apa...
tapi sekarang ni aku ada idea sikit nak tulis.. tapi sikit ja la.. tak banyak.

sekarang ni aku tengah praktikal untuk Psychiatric kat Hospital Sultan Abdul Halim Kedah..
pagi tadi, masa tengah sibuk dengan domestic activity (aktiviti memasak) bersama pesakit..
then, pembantu kat sana bukak cerita pasal berita.. pasal budak sekolah rendah meninggal dunia akibat dipukul oleh guru.. ishh ishh ishh.. apa maw jadi dengan dunia sekarang ni.. hhmmm

dengar cerita, budak tu dituduh curi duit, tapi budak tu tak mengaku.. so guru ni pun dengan sifat yang tak perikemanusiaan pukul budak tu, kononnya supaya budak tu takut dan mengaku kesalahan la.. walaupun budak tu dipukul, tapi budak tu tak mengaku. mungkin guru tu tak puas ati sebab budak tu tak mengaku... so, si guru ni pukul la budak tu selama dua jam... ishh ishh ishh... kejam..

Hmmm.. benda macam ni boleh mencemarkan profession guru ja.. bak kata pepatah.. "gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga"...

aku buat entry ni sekadar buat peringatan, iktibar dan pengajaran kepada kita, tak merujuk kepada mana-mana pihak.. tapi kepada kita semua yang bergelar insan yang telah dikurniakan akal untuk berfikir..
berfikirlah dengan waras, jangan gunakan nafsu untuk membuat keputusan.. kawal la sifat marah. kerana marah boleh memusnahkan diri sendiri dan orang lain.

a bit info:

based on psychiatric (kalau tak silap ae)... orang yang tidak boleh mengawal marah mereka adalah orang yang tergolong dalam masalah mental.. so, fikir-fikir la... ^_^

dont forget to smile ;-)

salam...