Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada semua... Senyum :-)
dah lama aku tak update blog.. hehe.. bukan apa, aku takda idea nak tulis apa...
tapi sekarang ni aku ada idea sikit nak tulis.. tapi sikit ja la.. tak banyak.
sekarang ni aku tengah praktikal untuk Psychiatric kat Hospital Sultan Abdul Halim Kedah..
pagi tadi, masa tengah sibuk dengan domestic activity (aktiviti memasak) bersama pesakit..
then, pembantu kat sana bukak cerita pasal berita.. pasal budak sekolah rendah meninggal dunia akibat dipukul oleh guru.. ishh ishh ishh.. apa maw jadi dengan dunia sekarang ni.. hhmmm
dengar cerita, budak tu dituduh curi duit, tapi budak tu tak mengaku.. so guru ni pun dengan sifat yang tak perikemanusiaan pukul budak tu, kononnya supaya budak tu takut dan mengaku kesalahan la.. walaupun budak tu dipukul, tapi budak tu tak mengaku. mungkin guru tu tak puas ati sebab budak tu tak mengaku... so, si guru ni pukul la budak tu selama dua jam... ishh ishh ishh... kejam..
Hmmm.. benda macam ni boleh mencemarkan profession guru ja.. bak kata pepatah.. "gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga"...
aku buat entry ni sekadar buat peringatan, iktibar dan pengajaran kepada kita, tak merujuk kepada mana-mana pihak.. tapi kepada kita semua yang bergelar insan yang telah dikurniakan akal untuk berfikir..
berfikirlah dengan waras, jangan gunakan nafsu untuk membuat keputusan.. kawal la sifat marah. kerana marah boleh memusnahkan diri sendiri dan orang lain.
a bit info:
based on psychiatric (kalau tak silap ae)... orang yang tidak boleh mengawal marah mereka adalah orang yang tergolong dalam masalah mental.. so, fikir-fikir la... ^_^
dont forget to smile ;-)
salam...
1 comment:
yup ^^
Post a Comment