support

Tuesday, June 28, 2011

betapa senangnya sebuah cerita yang betul @ benar bertukar menjadi fitnah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua ^_^

entry kali ni pun sekadar nak luahkan apa yang aku pikir, apa yang aku rasa.. 
as usual, perkara yang kita fikir @ rasa tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah..

BETAPA SENANGNYA SEBUAH CERITA YANG BENAR BERTUKAR MENJADI FITNAH

Pernah tengok cerita "Finding Nemo" ? 
ada satu part di mana bapak nemo accidently kalahkan jerung... (kalau x silap ya.. sebab aku pun da lupa2 ingat) sebenarnya, bapak dia tak kalahkan jerung tu pun.. cuma nasib dia baik ja. kan.. kan..
then cerita pasal bapak dia kalahkan jerung tu pun tersebar luas~ (luas la sangat :p ) 
bila da cerita tersebar luas, cerita tambahan pun bertambah (tokok tambah.. a.k.a fitnah).. ya la nak jadikan cerita tu makin gempak.. 

Cuba adaptasi cerita tu (Finding Nemo) dengan kehidupan kita.. lebih kurang sama ja kan.
bila kita menceritakan sesuatu perkara kepada kawan2 berkaitan seseorang (mengumpat), dan kawan2 kita pulak menceritakan hal cerita tu pada kawan dia .. dan kawan dia plak cerita kepada kawan kepada kawan dia.. (pening tak?) haha.. 
Mungkin pada asalnya kita menceritakan perkara yang benar, tapi bila cerita tu sudah berpindah randah, pencerita pun makin bertambah.. percentage versi cerita tu bertukar memang sangat tinggi.

Ni antara sebab kenapa cerita boleh bertukar2 versi :
1. mungkin pada dasarnya, setiap "penyampai cerita" ni nak sampaikan cerita yang betul, tapi cara penyampaian dan bahasa yang digunakan menyebabkan "si pendengar" ni salah faham. 

2. mungkin "si pencerita" menyampaikan cerita yang betul dengan menggunakan bahasa yang betul, tapi "si pendengar" ni pulak yang salah pemahaman... 

3. mungkin "si pencerita" sengaja menokok tambah cerita tu sebab dia tidak suka dengan "watak" dalam cerita tu. 

4. "si pencerita" tidak tahu hal sebenar yang berlaku.. terus ja sebarkan kat orang lain. contoh : A pukul B tanpa sebab, so B pukul A balik (balas balik la) .. at the same time, C nampak B pukul A ... C tak tahu pun yang sebelum tu A pukul B.. so dia buat kesimpulan yang B ni jahat.. then C sebarkan hal tu kat orang lain.


P/S mari kita muhasabah di bawah ni :

Sabda Rasulullah S.A.W : Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". (http://lenggangkangkung-my.blogspot.com)

ok la.. itu saja maw share...
wassalam and take care ^_^

Sunday, June 26, 2011

kampung Boy (^_^)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

aku tulis ni sekadar luah apa yang difikirkan..
sekarang ni tengah cuti sem, aku stay di rumah uncle aku di putrajaya
then, i saw a book.. buku cousin aku.. --> "kampung boy"

 ihsan google

beberapa hari aku "ter"jumpa buku ni.. aku ada tengok tv.. cerita pasal pelukis cerita kampung boy ..
kisah hidup pelukis (Lat), bgaimana dia kebangkan kariernya.. memang bagi inspirasi pada aku (sebab aku suka melukis :P )

 inilah Lat.. (ihsan google)

well... kat sini aku bukan nak cerita pasal kisah perjalanan karier pelukis ni..
tapi aku just nak cakap aku suka cerita dia, cara penyampaiannya.. just simple and meaningful

mmm.. cerita kampung boy yang aku baca tentang kisah hidup Lat pada zaman dahulu..
dia ceritakan bagaimana dia habiskan masa kecik2 dia kat kampung..
main konda-kondi, galah panjang, congkak.. macam2 lagi la.. memng best
aku terus teringat zaman kecik2 aku..
dulu (masa aku kecik2) aku masih lagi main permainan yang Lat pernah main masa kecik2 dlu.
tp sekarang.. budak2 zaman sekarang.. heh.. computer game sana, computer game sini.. fb sana.. fb sini..

cerita Lat ni memang banyak imbas kenangan aku time kecik2 dulu..
bila da terimbau kenangan ni.. baru la aku perasan betapa beza perkembangan negara kita sekarang ni (baru perasan.. hahahhaha! memang teruk la aku ni)

mm.. apa2 pun.. aku da suka cerita kampung boy ni... mmm tu ja la..
hahahha..
babai .. tata.. titi .. tutu
salam

Saturday, June 25, 2011

Saja Nak tuLis :P

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

hari ni hari sabtu.. tidak banyak benda yang di buat
dari pagi sampai petang, most of the time juz tengok tv..
tapi ada jugak la tolong-tolong aunty di dapur..
aunty masak beef stew.. yummyyyy..

 ihsan google

daging tu lembut.. memang sedap..
mmm bila sebut pasal "daging" .. selalu sinonim dengan perkataan "liat" atau "kenyal"
banyak cara untuk lembutkan daging tu..

1. biji betik.. (rebus bersama daging)
2. guna periuk tekanan (kakak aku selalu guna periuk ni untuk masak daging)
3. guna panadol ( ntah dari mana aku dengar petua ni)
4. masak dalam masa yang lama (meeeeeemang lama)

hmm.. apa lagi maw cakap aaa....
mmm rasa2 tu ja la..
k la.. tata
salam

Monday, June 20, 2011

Photogenic Face

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hehe.. lama jugak aku tidak update blog.. huhu.. been bz with my practical..

ok2.. my topic for this entry is ------> PHOTOGENIC
apa itu photogenic???
anda mungkin tahu perkataan ni.. tapi ada jugak yang tidak tahu..
photogenic ni.. maksud dia secara ringkas... objek atau benda yang kelihatan lebih cantik / menonjol apabila di dalam gambar tapi bila tengok in real objek or bnda tu nampak biasa ja..
for example : kita.. manusia.. ada sesetengah orang, bila ambik gambar,.. muka dia nampak lebih cantik di dalam gambar berbanding muka yang real. ada pulak sesetengah orang muka dalam gambar sama cantik dengan yang real (tidak ada perubahan) .. dan ada jugak yang nampak kurang cantik bila dalam gambar tapi sebenarnya cantik bila nampak in real...

ada orang yang memang dah dikurniakan muka photogenic ni.. tapi kepada yang tidak dikurniakan muka photogenic ni tidak bermaksud semua gambar kamu tu tidak akan nampak cantik.. well... ada tips2.. yang membolehkan kamu menjadi photogenic..

menurut photographers, orang yang bermuka photogenic ni mungkin mempunyai struktur muka yang symmetry.. ada jugak faktor lain yang membolehkan seseorang tu jadi photogenic..

ni sedikit tips untuk jadi photogenic... aku cilok dari mana-mana website aku baca.. huhu.

1. buat la post yang boleh tonjolkan diri kamu yang boleh membuatkan diri kamu kelihatan lebih menarik dari yang lain.. gunakan aset yang kamu ada.. contoh. senyuman kamu memang cantik.. so, tonjolkan senyuman tu..
 ihsan google.

2. pakaian... pakaian juga boleh membantu kamu untuk jadi photogenic.. pandai peragakan baju yang kamu pakai..
tengok adik ni.. nampak comel ja kan.. :)

3. tahu angle muka.. hehe.. ini selalu orang buat.. sesetengah suka ambik gambar dengan muka senget sedikit.. ada yang muka mendongak.. ada yang tunduk sedikit.. diorang buat begitu sebab angle macam tu la yang buat diorang nampak lebih hencem or cantik bila di dalam gambar..

  ihsan google

4. elakkan double chin... double shin buat muka kamu nampak kuraaaaang lawa.. sebab kelihatan macam orang tua or gemuk.. sapa yang rasa2 ada double chin.. cuba dongak sikit kepala tu untuk elak double chin.
 ni contoh double chin.. tgk la dagu dia.. ( ihsan google)

5. "just relax"...relax kn diri masa ambik gambar.. be comfortable.. thats the key word

6. "think happy thoughts" masa ambik gambar tu.. fikirkan perkara2 yang menyenangkan hati kamu.. and automatic kamu akan senyum ... so, senyuman tu tidak nampak fake sangat..

7. photo editting... kadang2.. gambar tu cantik.. tapi kurang jelas or kurang pencahayaan.. so the solution is kamu edit la gambar2 kamu tu..

 ihsan google..

oki doki.. tu ja maw share... apa2 pun.. salah silap harap di maafkan.. ^^

peace no war.. Assalamualaikum

Friday, June 3, 2011

renungan

mungkin benda ni kira hukum karma..
dulu kita suka permainkan perasaan orang..
sekarang ni orang pula mainkan perasaan kita.
kita buat salah kat orang lain, orang lain pula yang akan buat benda yang sama kat kita.

jangan salahkan takdir
cuba renung kat diri sendiri
mungkin kita pernah buat kesalahan secara tak sedar
benda yang berlaku tu sekadar untuk memperingatkan diri

kadang-kadang, kita tak dapat benda yang kita mahu
kita fikir benda tu terbaik untuk kita
tapi sebenarnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk mu
so, terima sahaja apa yang diberi oleh-Nya

Saturday, May 7, 2011

HaPPy MoTher's DaY ^_^

Kalau aku di beri pilihan antara Rm 1 Trilion dan seorang ibu,
Akan ku pilih Rm 1 Trilion itu,
Kerana aku sudah mempunyai seorang ibu,
Ibu yang sangat menyayangiku.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, yang bakal menjadi ibu dan yang ingin menjadi ibu.

hari ni nak cerita serba sedikit pasal mak aku, my wonder woman.
sebab napa aku panggil mak aku wonder woman???

 ihsan google.

ni la wonder woman.. wanita yang gagah. macam mak aku..
mak aku kuat gagah perkasa. kenapa aku cakap mak kau kuat??
sebab mak aku seorang ibu tunggal.. kami adik beradik ada 6 orang. Kami semua duk ngan mak, so mak aku la yang jaga kitorang suma dari kecik sampai besar. ^^

    mak aku kerja biasa-biasa ja. tukang jahit a.k.a tailor gitu. tapi alhamdulillah kami semua survive dengan suit hasil jahitan tu. kasihan kat mak aku, bapa aku tinggalkan kami semua time kami masih kecil. masa tu aku tak tahu apa-apa lagi.. mak aku pun tak cerita apa-apa.

   aku pernah tengok mak aku menangis sorang-sorang kat dapur. kakak aku diam, tak tahu nak kata apa.. aku tanya mak aku.. " kenapa mak nangis?" mak aku tak jawab. mungkin sebab time aku masih kecik, kalau mak aku cerita pun tak da guna sebab aku tak faham apa yang mak aku rasa masa tu.

   mak aku terpaksa bangun awal pagi, untuk siapkan baju-baju tempahan. todur pun lewat malam. paling teruk masa bulan puasa, dekat-dekat nak raya. mak aku langusng tak tidur semata-mata nak siapkan baju-baju tu semua. trully, kami semua jarang dapat pakai baju raya. mak aku busy sangat sampai baju kami tak siap. tapi kami semua faham dengan situasi mak aku. kami tak pernah merungut pun kalau baju kami tak siap. kadang-kadang kami beli yang dah siap walaupun baju tu tak selesa sangat. (baju yang mak aku buat sangat selesa)

  dalam bab layanan, mak aku layan kami semua sama rata. tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih. mak aku juga seorang mak yang saaangaaat protective. kat rumah, kami semua kena ada kat rumah sebelum masuk waktu maghrib (dalam kul 6petang macam tu). suatu petang tu aku dengan abang aku syok sangat main kat rumah jiran sebelah. mak aku da panggil balik rumah, tapi kami tak pulang-pulang jugak. da puas main, kami pun balik rumah.. masa nak lalu pintu pagar, mak aku da terpacak kat depan pintu. aku dengan abang bukan main takut,yela da buat salah. lepas tu mak aku baling baju dan bantal kat kami. " malam ni kamu tidur kat luar, nak sangat main kat luar kan." aku dengan abang saling berpandangan. hahaha. nasib baik la kakak aku ada. kakak aku yang bawak kami masuk rumah, tu pun mak aku masih bebel. hahaha.

 aku cerita bukan pe, just nak bagi tengok betapa "protective"nye mak kita ni. mak kita marah bukan sebab dia suka marah kita, tapi sebab dia risau kat anak-anak dia. tu je.

sekarang ni plak, walaupun aku jarang spent time ngan keluarga aku tapi aku tetap akan call mak aku. yela, aku kan duk jauh. kat selangor tengah study, mak aku pulak kat sabah tengah sibuk jaga cucu. almost everyday aku akan call mak aku. sembang sana sembang sini. hehe. kalau tak pun aku gayut ngan abang or kakak aku, gossip gossip. hehe

sekarang ni kami semua da besar panjang, semuanya sihat-sihat ^^... thank to my wonder woman.
i love u so much mum.

mm.. actually banyak lagi tak cerita. tapi kalau aku cerita, memang berjilid-jilid.. hehehe.. anyway, "HAPPY MOTHER'S DAY"

sayangilah mak anda sebagaimana mereka menyayangi anda ^^

salam

Monday, May 2, 2011

KAU TAHU...TAPI KENAPA??

salam 


Kau tahu kita semua datang dari keluarga yang berbeza latar belakang. tapi,
kenapa kau tidak faham akan hakikat itu?

Kau tahu keluargamu tidak mampu beri sepertimana keluarga kawan-kawanmu. tapi,
kenapa kau masih mendesak mereka?

Kau tahu bagaimana menguruskan wang yang kau ada. tapi,
kenapa kau masih boros, berbelanja benda yang tak patut?

kau tahu, sebagai seorang wanita, harus mempunyai sifat malu. tapi,
kenapa kau buang semua sifat itu semata-mata inginkan wang?

kau tahu, sahabat-sahabat mu selalu ambil berat akan diri mu. tapi
kenapa kau balas " yang ko sibuk sangat pasal aku tu apesal!?"

Kau tahu, kita bersahabat kenalah ikhlas. tapi,
kenapa kau selalu mempergunakan kawan-kawanmu?

kau tahu, kau patut berubah bila ada orang menegur tentang sikapmu. tapi,
kenapa kau anggap teguran itu sebagai angin lalu ditelinga mu?

kau tahu, orang mengumpat tentang sifatmu. tapi,
kenapa kau masih tidak berubah?

benda ni aku saja-saja nak tulis. sebagai santapan minda (yeke??)
benda ni tak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. ^^

salam..