support

Wednesday, March 9, 2011

MARI MASAK MEGI

assalamualaikum..

hehe.. aku bukan la nak bagitau resepi masak megi.. tapi cek just nak habak (saja nak berlagak macam orang kedah.. kui kui kui)  kat korang suma tentang cara nak masak megi dengan betul.. tips ni sesuai sangat untuk student-student.. benda ni pun dapat dari kakak aku.. kakak aku plak dapat dari kawan die.. yela.. benda elok tak baik simpan sorang-sorang.. baik kita sebarkan.. betul tak?

mm... kakak aku kate benda ni just boleh apply untuk jenama mee m*g** je..
tak tau la kalau brand lain boleh guna or tak..

proceed to the procedure (macam chef plak) :

1. rebus mee / rendam mee kat dalam air panas--> sampai mee jadi lembut.
2. buang air rebusan mee / air rendaman mee..
3. letak mee dalam mangkuk / pinggan, then tuangkan air panas..
4. letak perencah..
5.. makan.. ^^

tujuan kita buang air rebusan / rendaman tadi adalah untuk memebuang bahan-bahan yang melekat kat mee tadi.
yela.. kite tak tau macam mana mee tu di proses kan, ntah bersih ntah tidak..
benda ni lebih kurang sama dengan rebus bihun.. korang mesti akan bilas bihun tu after bihun tu da jadi lembut kan..

tu je nak share..

adios.. salam

Monday, March 7, 2011

kEruSi paNaS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

apa itu kerusi panas (hot chair)??

    yang ni ke hot chair??

haha.. yang ni kerusi terbakar.. ni baru hot chair. gambar kat bawah ni..

 

kenapa gambar ni di panggil "hot chair"?? (kerusi biru tu)
hehe.. sapa-sapa yang duduk kat kerusi tu (tak semestinya kerusi macam tu ye) confirm akan rasa panas, memang takkan duduk diam.. rasa panass je.

hot chair ni merupakan satu aktiviti kesedaran. aktiviti ni dijalankan dalam satu kumpulan..
ahli kumpulan tu saling kenal mengenali.. eg.. kawan sekelas atau rakan sekerja.
satu kerusi akan diasingkan dan diletakkan berhadapan dengan kerusi-kerusi yang lain. usually kerusi yang terasing tu agak special, lebihh selesa berbanding kerusi-kerusi yang lain.
seorang akan menjadi volunteer untuk duduk kat kerusi special tu.
ahli yang lain akan duduk bertentangan dengan volenteer tadi.
then mana-mana ahli kumpulan yang lain akan bagi comment pasal volunteer tadi.
comment pasal sikap kita.. (tak kira positive or negative)
volunteer kena dengar je.. tak boleh menyampuk... kena sabaarrr.. senyumm je.
bila da tak ada ahli nak comment, volunteer tadi boleh memberi membidas atau beri penjelasan segala comment-comment tadi..
mana la tahu tak puas ati dengan comment-comment yang diberikan..
apa-apa pun.. setiap orang yang jadi volunteer kena la terima segala comment yang di beri. yela.. kita ni tak sempurna, selalu buat silap.. tak kita time kita sedar atau tak.
kita tak nampak sikap kita.. tapi orang lain nampak..
so.. bila orang da bagi teguran atau comment, kita harus sedar yang kita harus berubah.
demi kebaikan diri sendiri. ^^

aktiviti ni ada pro and contra die.. kebaikan die, kita dapat tahu suma sikap baik dan buruk kita..
keburukan die plak.. ada sesetengah orang tak boleh terima teguran, lebih-lebih lagi teguran tu diberikan secara terbuka.. orang macam ni biasanya akan menjauhkan diri.. kalau tak pun orang tu akan menjadi pasif..
yela... self esteem da turun..

lupa plak nak mention..
aktiviti ni boleh melibatkan semua ahli atau pun secara volunteer sahaja.. bila da jadi volunteer, mental kena la kuat ye..

k .. tu je nak share..
adioss~ ^^

Thursday, March 3, 2011

stress ka anda??

Assalamualaikum.. :)

boleh ka perasaan geram tu di samakan dengan stress???

pernah ka kamu rasa macam nak tendang ja orang kat depan korang??
sebab orang kat depan tu jalan sangat2 slow, mengalahkan siput... (orang tua dikecualikan dalam hal ni)

pernah ka korang rasa macam nak pecahkan ja pintu tandas..??
sebab orang kat dalam tandas tu da berjam jam terperok kat dalam tandas tu, dah la tandas ada satu je..

pernah ka korang rasa rasa macam nak mati je??
sebab banyak tul masalah yang korang hadapi, sampai tak tau mana satu nak selesaikan dulu,..

pernah kah korang rasa macam tumbuk seeorang je??
sebab orang tu wat lawak bodoh yang menyakitkan ati..

pernah kah korang berharap agar kereta or kenderaan yang korang naik ni dapat terbang??
sebab korang stuck kat jamn yang teruk sangat..

pernah kah korang rasa macam nak baling je laptop korang kat dinding??
sebab laptop tu lag.. slow sangat.. macam kura-kura.

haha.. sapa paling banyak "ya".. korang memang cepat stress..
oleh yang demikian (ayat skema) marilah kita bersama-sama mengawal stress kita.. yezzaaa
 apa-apa pun... kita senyum dulu :)

adios~

Thursday, February 24, 2011

tribute : senyum

senyum.. tak perlu kata apa-apa..
senyum.. tak perlu kata apa-apa..

Assalakualaikum..

senyum~ :-)

best kan tengok orang senyum.. macam nampak baik je.
walau muka tak cantik pun, bila senyum ia akan nampak manis je kan...

bila kita wat muka serius or marah, banyak otot yang di guna kat muka.. tu yang cepat berkedut.
berbanding dengan senyum, ia hanya menggunakan otot yang sedikit sahaja.. tu yang lambat kedut.

senyum itu satu sedekah.. sedekah yang paling senang nak buat.
tak perlu nak keluarkan duit.. tenaga yang di guna pun tak banyak..
best kan.
senyum pun dapat eratkan ikatan silaturrahim.

tapi jangan la senyum sorang-sorang.. nanti orang fikir kita ni tiga suku kalau tak pun psyco.
nanti kalau ada orang kata kita ni "otak tiga suku".. jangan marahh ye.. senyum je.
hahaha..

k la.. tu je nak share..
yang penting... SENYUM :)

adios~

Tuesday, February 22, 2011

SeNyum~ :)

Assalamualaikum.. ^^

aku baru ja tukar lagu.. from "perfect two" to "senyum"
i like this song.. coz this song encourage me to SMILE---> senyum.

ok gak ada lagu macam ni.. kan.. mengingatkan kita untuk senyum..
 
haha... thats all... macam gantung ja post aku kali ni.. hahhaa
adios

Thursday, February 17, 2011

kEranA mUkA~

Assalamualaikum.. ^^

nak cerita sket pasal pengalaman hidup. hehe
Dulu, masa study kat matrik dulu.. hmm.. of course la tinggal kat hostel kan.. kan kan..
1 bilik untuk 4 orang student.. time tu roomate aku memang sporting.
jiran bilik aku plak ni ada 4 orang gak.. diorang pun peramah..
TAPI...3 orang je yang slalu tegur aku.. yang sorang lagi tu ntah la.. tak suka aku kot..
so.. aku buat bodo je la.

until one day...

kami baru balik dari cuti mid sem. kebetulan budak yang tak tegur aku balik awal.. roomate dia tak sampai lagi..
time tu, aku dengan sorang roomate aku da sampai kat bilik kami.
tengah sibuk-sibuk kemas bilik tiba-tiba jiran aku tu datang kat bilik.
dia nak tumpang suis kat bilik dia tak boleh guna.
kami pun bagi je la.. then aku beranikan diri tegur dia.. ramah la konon.. hohohoho..
dah lama kami sembang-sembang.. tiba-tiba dia terus terang kat aku yang selama ni dia tak berani nak tegur aku sebab muka aku terlalu serius.. haa? serius sangat ka muka aku ni??)
kalau dia terserempak ngan aku kat dewan kuliah, dia tengok muka aku jarang senyum.. serius je.. (adeiii...)
dia tak berani nak tegur aku sebab dia takut aku akan marah dia..
aku ketawa berabis.. then aku explain la.. sorry la kalau muka aku terlalu serius, tak sedar pun dan tak sengaja pun nak buat muka serius..
after that kami jadi kawan baik.. everytime kami terserempak.. aku akan senyum kat dia. hahaha..
thats all nak share..  but before that.. nak tnya sket.. korang pernah alami benda yang sama macam aku alami tak.. ???

Monday, February 7, 2011

~TenSioN~

Lumrah manusia.. memang tak lepas dari perkataan ni --> STRESS, TENSION..
kan.. kan.. hehe..
bila da tekanan, rasa macam nak mati je.. hahaha

                       
   tensionnye...                                               ingat orang dewasa je ke yang stress, baby pun tau stress gak.

well, don't worry.. ni ada sket tips cara-cara nak legakan diri.. nak relaxkan diri.

1. DEEP BREATHING
    Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.. then tahan nafas korang dalam 5 saat, then hembus nafas perlahan-lahan.. wat benda ni dalam 2 - 3 kali.

2. PROGRESSIVE MUSCULAR RELAXATION
    yang ni plak lebih kurang wat regangan badan.. mulakan dari otot-otot kat muka, bahu, siku, tangan dan kaki.. (memang macam sesi regangan kan) hehe.. aku suka teknik ni sebab badan rasa lagi fresh. regangkan otot, hold dalam 5 saat then relaxkan otot tu. tu je... senang kan.. time wat PMR ni, pernafasan kena control.. selitkan teknik deep breathing dalam PMR ni.

3. IMAGINARY
    yang ni pun senang gak, just bayangkan suasana yang tenang, contoh korang bayangkan diri korang berada di tepi sebatang sungai, airnya sungguh jernih.. korang bermain dengan aor sungai tersebut.. airnya sungguh dingin. angin sepoi sepoi bahasa membelai tubuhmu.. (sorry la, aku ni tak reti sangat bermadah.. huhuhu.)

ada banyak lagi benda yang boleh dilakukan untuk release tension.. contoh, jogging, menyanyi, melukis, yoga, bersenam.. dan banyak lagi.. ada gak dengar lagu-lagu rock or metal untuk release tension... so.. terpulang kat individu nak pilih cara yang macam mana untuk release tension.. hehehe.. yang penting jangan wat benda-benda tak elok dah la.. kan.. 
k la.. tu je nak celoteh.. 
adios~