support

Tuesday, June 28, 2011

betapa senangnya sebuah cerita yang betul @ benar bertukar menjadi fitnah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua ^_^

entry kali ni pun sekadar nak luahkan apa yang aku pikir, apa yang aku rasa.. 
as usual, perkara yang kita fikir @ rasa tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah..

BETAPA SENANGNYA SEBUAH CERITA YANG BENAR BERTUKAR MENJADI FITNAH

Pernah tengok cerita "Finding Nemo" ? 
ada satu part di mana bapak nemo accidently kalahkan jerung... (kalau x silap ya.. sebab aku pun da lupa2 ingat) sebenarnya, bapak dia tak kalahkan jerung tu pun.. cuma nasib dia baik ja. kan.. kan..
then cerita pasal bapak dia kalahkan jerung tu pun tersebar luas~ (luas la sangat :p ) 
bila da cerita tersebar luas, cerita tambahan pun bertambah (tokok tambah.. a.k.a fitnah).. ya la nak jadikan cerita tu makin gempak.. 

Cuba adaptasi cerita tu (Finding Nemo) dengan kehidupan kita.. lebih kurang sama ja kan.
bila kita menceritakan sesuatu perkara kepada kawan2 berkaitan seseorang (mengumpat), dan kawan2 kita pulak menceritakan hal cerita tu pada kawan dia .. dan kawan dia plak cerita kepada kawan kepada kawan dia.. (pening tak?) haha.. 
Mungkin pada asalnya kita menceritakan perkara yang benar, tapi bila cerita tu sudah berpindah randah, pencerita pun makin bertambah.. percentage versi cerita tu bertukar memang sangat tinggi.

Ni antara sebab kenapa cerita boleh bertukar2 versi :
1. mungkin pada dasarnya, setiap "penyampai cerita" ni nak sampaikan cerita yang betul, tapi cara penyampaian dan bahasa yang digunakan menyebabkan "si pendengar" ni salah faham. 

2. mungkin "si pencerita" menyampaikan cerita yang betul dengan menggunakan bahasa yang betul, tapi "si pendengar" ni pulak yang salah pemahaman... 

3. mungkin "si pencerita" sengaja menokok tambah cerita tu sebab dia tidak suka dengan "watak" dalam cerita tu. 

4. "si pencerita" tidak tahu hal sebenar yang berlaku.. terus ja sebarkan kat orang lain. contoh : A pukul B tanpa sebab, so B pukul A balik (balas balik la) .. at the same time, C nampak B pukul A ... C tak tahu pun yang sebelum tu A pukul B.. so dia buat kesimpulan yang B ni jahat.. then C sebarkan hal tu kat orang lain.


P/S mari kita muhasabah di bawah ni :

Sabda Rasulullah S.A.W : Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". (http://lenggangkangkung-my.blogspot.com)

ok la.. itu saja maw share...
wassalam and take care ^_^

4 comments:

Unknown said...

Emm, rasanya ni sama macam permainan 'posmen' tu di mana kita kena bagi suatu ayat, hafal, pastu bagitau yang ke-2, yang ke-2 bagitau yang ke-3, dan seterusnya lah.. Bila sampai yang terakhir, bagitau pada semua apa yang sampai sama dia.. Memang ada berubah punya versi tu sikit2, ehe..

Jadi kalau aku lah kan, ehe, aku akan cerita dalam bentuk umum ja n jarang yang khusus sebab nanti manatau ada yang xingat atau salah faham.. Kalau yang sampai sama aku pula, aku sekadar ambil untuk tahu ja. Percaya tu, letak belakang dulu, ehe.. ^^,

miss_Dark_heLious said...

haha.. btl2.. tp klu aku.. klu aku la.. klu bg penerangan kt orang.. aku akn tnya diorang balik, maw tau samada diorang faham atau salah faham atau buat2 faham.. supaya maklumat yg aku smpaikan tu smpai kt diorang.. tidak ada yg salah faham.. ^_^

adan said...

selidik dulu perkara yg disampaikan oleh individu tersebut sebelumm mempercayainya..

miss_Dark_heLious said...

btl3~