support

Sunday, March 13, 2011

KEMALANGAN MEMBUNUH MASA DEPAN

assalamualaikum dan salam sejahtera..

menjadi pelajar Occupational Therapy (OT) membuka mata aku tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan kita. Masa praktikal kat hospital, banyak pengalaman yang aku perolehi.. pelbagai jenis pesakit yang aku jumpa.  Traumatic Brain Injury (TBI), Stroke, spinal cord injury, kebakaran, ada yang patah kakai tapi tulang yang patah tu tak pandai sembuh-sembuh... macam-macam lagi la..

semua masalah kesihatan ni boleh menghalang kita dari melakukan aktiviti harian kita.. seperti mandi, makan, beriadah dan lain-lain.

aku buat entry ni sebab nak kongsi tentang betapa teruknya kesan kemalangan. kemalangan boleh dialami oleh sesiapa saja, tak kira tempat, dan masa.. betul tak?

contoh : traumatic brain injury. (TBI)

   macam ni la kepala pesakit TBI.. tengkorak dia dikeluarkan..

as u know, brain is our main control system.. nak bergerak, berfikir, bercakap, menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi la.. bila da otak jadi macam kat dalam gambar kt atas ni.. cuba korang bayangkan.. korang akan jadi macam kat gambar bawah ni :

 macam ni la keadaan pesakit TBI..

kebanyakan pesakit TBi yang aku jumpa adalah remaja.. ada yang langsung tak kenal huruf ABC.. tak boleh mengira.. bayangkan la kalau pesakit tu adalah seorang budak yang bijak pandai kat sekolah, ada masa depan yang cerah.. tapi suma musnah disebabkan kemalangan yang dia alami.. apa perasaan mak ayah pesakit tu.. mesti hancur luluh ati diorang.

TBI bukan la kecederaan yang boleh dipandang enteng.. jangan anggap kecederaan tu boleh sembuh dengan cepat dan boleh sempurna seperti yang asal.. pesakit TBI mengambil masa yang lama untuk sembuh..


  

tengok la.. kemalangan bukan saja membunuh masa depan, ia jugak telah memberi bebanan yang besar kepada keluarga..

enty aku ni just tekankan untuk TBI je sebab banyak sangat pesakit TBI yang aku jumpa.. majoriti remaja.. memang kasihan... ada yang baru lepas SPM.. bayangkan la kalau result budak tu straight A's.. tak ke hancur masa depan budak tu..

tu je.. buka hati dan minda kita.. from now on.. jaga la diri korang baik-baik.. (peringatan tu juga ditujukan kepada aku) kena alert dengan keadaan sekeliling.. k ^_^

adioss~

No comments: