support

Tuesday, May 1, 2012

happy labor day

HAPPY LABOR DAY  ^_^
HAPPY BEREHAT

Tuesday, January 24, 2012

LOVE : easy to get, easy to lose

assalamualaikumdan salam sejahtera.

da lama aku tidak update blog. busy dengan college life. ahaksss.. tak da la.. line broadband ni slow cam siput. tu la aku tidak update blog.

da sem 6 ni aku betul2 busy, dengan research yang tidak tahu mana penghujungnya.. comference course, camping n so on. time tengah stress2, aku pun join la chatroom.. just nak release tension.

then kenal sorang mamat.. hensem gak la.. tapi aku tak terpikat okay.. just memuji ciptaan Tuhan.

 so mamat tu citer la pasal hidup dia. yang dia ni da kapel lebih 10 kali, mungkin lebih dari 20 kot. hebat kan.. dia cakap yang dia tak pernah gagal kalau nak berkenalan ngan pompuan, kalau mintak no phone memang confirm dapat.

paling lama kapel, 2 tahun..kapel paling sekejap, sebulan.. dia kata dia cepat bosan. tak suka pompuan yang terlalu cemburu dan kuat berkepit. nak gadis yang cute2.. tu taste die. selalaunya die yang mintak break, then cari lain. no komen. cuma satu benda ja yang aku terfikir : dia cepat bosan sebab dia belum rasa betapa susahnya nak dapat cinta yang sejati.. macam barang gak la. contoh, beli motorsikal dengan duit yang kita simpan bertahun2.. comfirm motor tu kita akan jaga tul2 kan. same goes with LOVE. i tried to think positive , mungkin mamat tu tidak matang lagi dalam hal2 macam ni. hahaha..

hal ni bukan nak aibkan sapa2.. bukan nak merujuk kat laki ja, pompuan pun ada gak yang macam ni. just wanna say, hargaila orang yang sayangi anda.

tu ja... happy tuesday
wassalam

Saturday, December 17, 2011

happy saturday.. but not for me :(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


hari ni tak da la bad day sangat.. juz air takda kat area taman perumahan..
nak mandi pun kena jimat2 air.. dah la tengah "ABC"--> pompuan confirm faham maksud "ABC" kan..

anak sedara yang bongsu tu plak sibuk nak mandi.. asyik2 mandi.. nasib bek kakak2 dia sabar, kalau tidak.. confirm kena "flying kick" percuma.. hahah.. gurau.

air memang sangat penting kan... nak masak, mandi, minum, basuh kain.. macam2 la..
aku lebih rela black out dari putus bekalan air..  kalau elektrik tidak ada, still boleh basuh baju, pinggan, mandi and so on.. kalau panas.. guna kipas tangan je. "back to ancient time"..

ingat plak time aku study kat kolej matrikulasi labuan (KML).. selalu ada masalah bekalan air.. me and my roomates kena bangun 3pagi gi mandi and tadah air. Itu pun dah ramai yang berbaris tunggu turn mandi.
sometimes kena gi blok sebelah, bawak air 1 baldi masuk bilik.. memang "best" hehe.. tapi aku tak da la kesah sangat, mengeluh je... hahah.

k la.. tu ja..
selamat berhari sabtu ^_________^ senyum sampai telinga ya

wassalam

Sunday, December 11, 2011

ahad tanpa kata-kata

assalamualaikum dan salam sejahtera

senyum sampai telinga, ketawa sampai pecah perut.



Saturday, December 10, 2011

arts kat cup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
bulan sangat cantik malam ini.. kan.. gerhana bulan..
tapi aku bukan nak cerita pasal gerhana..
aku nak share pasal orang guna cup polisterin untuk memuntahkan kreativiti diorang..
memang cantik..

 guna marker pen ja.. nice2

     

  

  

P/S : gambar adalah ihsan google

kalau aku ada cup macam ni.. tak sanggup nak minum.. jadi perhiasan kat rumah.
cantik kan.. rasa jeles plak..

k2...
tu ja.. babai.
maw sambung tengok gerhana bulan
tata titi tutu

salam.. take care

Friday, December 9, 2011

chicken pox.

assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^
salam berhari jumaat..

hari ni nak cerita pasal anak buah aku.. cian dia.. kena chicken pox..


few weeks ago anak buah aku yang bongsu tu kena chicken pox.. then semalam kakak dia yang sulung and second plak kena. terus gi emergency..
nasib baik la aku da kena, so tidak perlu risau duduk sebelah or share tempat tidur dengan diorang.
kakak aku ( merangkap mak anak buah aku) sibuk beli kelapa muda.. orang tua kata,air kelapa muda bagus untuk keluarkan semua cacar kat badan.. aku pun tumpang sekaki minum bersama. hehehe

k.. tu ja nak share..
tata titi tutu

wassalam

Friday, December 2, 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_^

tiap kali aku naik train / bas / LRT etc.. usually aku akan make sure bagi keutamaan orang yang lebih memerlukan (bukan nak puji diri okeh!) orang yang aku utamanakan, pompuan mengandung, yang bawak baby, orang kurang upaya dan orang tua..

hari ni aku naik train dari KL Central ke Subang Jaya, keadaan tidak berapa sesak tapi ramai jugak yang kena berdiri kat dalam train tu (including me).. then, sorang kakak, umur dalam awal 30-an masuk ke coach wanita sambil dukung baby, suma tempat duduk da penuh. aku pulak berdiri, kalau tidak aku da offer tempat duduk aku.

Few minutes kakak tu berdiri tapi tidak ada orang pun yang offer tempat duduk. Yang duduk plak buat b***h. Then ada sorang makcik, umur dalam 50-an offer tempat duduk. tak ke da terbalik? tak tahu la kalau orang2 yang lebih muda berasa malu atau tak.. kalau aku jadi diorang aku confirm rasa malu sebab aku sebagai orang yang jauh lagi muda patut bagi tempat duduk pada orang yang lebih memerlukan. ni tidak.. orang tua pulak yang bagi tempat duduk. ishh ishh ishh...

 bak kata pepatah "yang muda di sayangi, yang tua dihormati"
aku tidak tahu nak buat kesimpulan cerita ni... korang pepandaila fikir ya..

bye, salam