support

Saturday, May 7, 2011

HaPPy MoTher's DaY ^_^

Kalau aku di beri pilihan antara Rm 1 Trilion dan seorang ibu,
Akan ku pilih Rm 1 Trilion itu,
Kerana aku sudah mempunyai seorang ibu,
Ibu yang sangat menyayangiku.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, yang bakal menjadi ibu dan yang ingin menjadi ibu.

hari ni nak cerita serba sedikit pasal mak aku, my wonder woman.
sebab napa aku panggil mak aku wonder woman???

 ihsan google.

ni la wonder woman.. wanita yang gagah. macam mak aku..
mak aku kuat gagah perkasa. kenapa aku cakap mak kau kuat??
sebab mak aku seorang ibu tunggal.. kami adik beradik ada 6 orang. Kami semua duk ngan mak, so mak aku la yang jaga kitorang suma dari kecik sampai besar. ^^

    mak aku kerja biasa-biasa ja. tukang jahit a.k.a tailor gitu. tapi alhamdulillah kami semua survive dengan suit hasil jahitan tu. kasihan kat mak aku, bapa aku tinggalkan kami semua time kami masih kecil. masa tu aku tak tahu apa-apa lagi.. mak aku pun tak cerita apa-apa.

   aku pernah tengok mak aku menangis sorang-sorang kat dapur. kakak aku diam, tak tahu nak kata apa.. aku tanya mak aku.. " kenapa mak nangis?" mak aku tak jawab. mungkin sebab time aku masih kecik, kalau mak aku cerita pun tak da guna sebab aku tak faham apa yang mak aku rasa masa tu.

   mak aku terpaksa bangun awal pagi, untuk siapkan baju-baju tempahan. todur pun lewat malam. paling teruk masa bulan puasa, dekat-dekat nak raya. mak aku langusng tak tidur semata-mata nak siapkan baju-baju tu semua. trully, kami semua jarang dapat pakai baju raya. mak aku busy sangat sampai baju kami tak siap. tapi kami semua faham dengan situasi mak aku. kami tak pernah merungut pun kalau baju kami tak siap. kadang-kadang kami beli yang dah siap walaupun baju tu tak selesa sangat. (baju yang mak aku buat sangat selesa)

  dalam bab layanan, mak aku layan kami semua sama rata. tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih. mak aku juga seorang mak yang saaangaaat protective. kat rumah, kami semua kena ada kat rumah sebelum masuk waktu maghrib (dalam kul 6petang macam tu). suatu petang tu aku dengan abang aku syok sangat main kat rumah jiran sebelah. mak aku da panggil balik rumah, tapi kami tak pulang-pulang jugak. da puas main, kami pun balik rumah.. masa nak lalu pintu pagar, mak aku da terpacak kat depan pintu. aku dengan abang bukan main takut,yela da buat salah. lepas tu mak aku baling baju dan bantal kat kami. " malam ni kamu tidur kat luar, nak sangat main kat luar kan." aku dengan abang saling berpandangan. hahaha. nasib baik la kakak aku ada. kakak aku yang bawak kami masuk rumah, tu pun mak aku masih bebel. hahaha.

 aku cerita bukan pe, just nak bagi tengok betapa "protective"nye mak kita ni. mak kita marah bukan sebab dia suka marah kita, tapi sebab dia risau kat anak-anak dia. tu je.

sekarang ni plak, walaupun aku jarang spent time ngan keluarga aku tapi aku tetap akan call mak aku. yela, aku kan duk jauh. kat selangor tengah study, mak aku pulak kat sabah tengah sibuk jaga cucu. almost everyday aku akan call mak aku. sembang sana sembang sini. hehe. kalau tak pun aku gayut ngan abang or kakak aku, gossip gossip. hehe

sekarang ni kami semua da besar panjang, semuanya sihat-sihat ^^... thank to my wonder woman.
i love u so much mum.

mm.. actually banyak lagi tak cerita. tapi kalau aku cerita, memang berjilid-jilid.. hehehe.. anyway, "HAPPY MOTHER'S DAY"

sayangilah mak anda sebagaimana mereka menyayangi anda ^^

salam

Monday, May 2, 2011

KAU TAHU...TAPI KENAPA??

salam 


Kau tahu kita semua datang dari keluarga yang berbeza latar belakang. tapi,
kenapa kau tidak faham akan hakikat itu?

Kau tahu keluargamu tidak mampu beri sepertimana keluarga kawan-kawanmu. tapi,
kenapa kau masih mendesak mereka?

Kau tahu bagaimana menguruskan wang yang kau ada. tapi,
kenapa kau masih boros, berbelanja benda yang tak patut?

kau tahu, sebagai seorang wanita, harus mempunyai sifat malu. tapi,
kenapa kau buang semua sifat itu semata-mata inginkan wang?

kau tahu, sahabat-sahabat mu selalu ambil berat akan diri mu. tapi
kenapa kau balas " yang ko sibuk sangat pasal aku tu apesal!?"

Kau tahu, kita bersahabat kenalah ikhlas. tapi,
kenapa kau selalu mempergunakan kawan-kawanmu?

kau tahu, kau patut berubah bila ada orang menegur tentang sikapmu. tapi,
kenapa kau anggap teguran itu sebagai angin lalu ditelinga mu?

kau tahu, orang mengumpat tentang sifatmu. tapi,
kenapa kau masih tidak berubah?

benda ni aku saja-saja nak tulis. sebagai santapan minda (yeke??)
benda ni tak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. ^^

salam..